Friday 10 August 2012

iman vs usia..

alhamdulilah, hari ni da masuk 22 ramadhan, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, pilunya hati ini, bila mengenangkan amalan dibulan Ramdhan terlalu sedikit. T_T Setahun sekali dapat bertemu Ramadhan, ku pohon padaMu ya Allah agar Kau panjangkan umur hambaMu yang hina ini agar dapat dipertemukan Ramdhan thun hdapan. Tinggal beberapa hari ini, ana xnak lepaskan waktu2 yang ada ini dengan perkara yang melalaikan. Sungguh bulan Ramadhan ini bulan tarbiyah. Mudahn hambaMu ini terus istiqamah dibulan2 lain untuk beramal kpdMu ya Allah. Amin.

Sebenarnya apa yang ana hendak bincangkan diblog ana hari ini adalah iman vs umur. Pagi tadi ana telah menemani ibu ana untuk menerima wang zakat. Ibu ana ibu tunggal. Semasa ana berada disana, golongan yang ada disitu majoriti adalah warga emas. Ana terfikir, beginikah ana bila ana tua nanti? hum..tentu sekali.Ana juga terfikir pakcik ni hanya kelihatan tua dari luaran fizikal sahaja, tetapi insyaAllah iman pakcik ni tetap mantap seperti dahulu. MasyaAllah. Allah menilai manusia pada hati dan ketaqwaan hambaNya bukan dari luaran. Meskipun umur kita semakin bertambah, tetapi amalan kita dan keimanan dan ketaqwaan kta kepada Allah tetap mantap, sama, smakin meningkat. Inilah hamba sebenar2 hamba. Ok, kesimpulan yang dapat ana huraikan adalah walaupun usia kita semakin tua, tetapi iman kita tetap muda. Allah nilai hambaNya pada keimanan bukan luaran fizikal semata2. Ingat tu, jgn kita merasa megah dengan kecantikan , kehebatan yang kita miliki, sungguh Allah maha Berkuasa, kita cuma hamba yang hina. Jom top4 iman, jadi hamba yang bertaqwa! wallahualam.

Thursday 10 May 2012

bagaimana kita amalkan hidup cara Islam...

Assalamualaikum...
khaifa haluki? insyaAllah semoga anda dlm baik2 shaja..
alhmdulilah..hari ini dpt lagi ana berkongsi lagi ilmu yang ana dapat dari usrah ana mlm ni..
murobiah ana ada bertanya setiap akhowat apa pengajaran yg kami dapat spnjg hari pada minggu ini..
ana tertarik pada pengajaran kak Aini, bila bekerja dalam satu kumplan,kena byak bersabar krana kita akan menghadapi banyak ragam manusia..umm..ana terpikir juga,kalu bekerja dalam kumpulan,byk yg tidak puas hati itu inilah..lebih2 lg kerja2 assgment dlm group...hum..
tapi murobiah ana ckp..kita sebagai akhowat yang ditarbiyah,kenalah belajar bersabar.
Rasulullah ada berpesan...
jangan marah...jangan marah..jangan marah...3x Rasulullah menyebut,betapa pentingnya sabar dalam aspek kehidupan kita sebagai manusia yang diuji pelbagai ujian..
kesan dari marah akan merosakkan hubungan silaturahim kita dengan sahabat kita,malahan dengan marah juga akan berlaku kerosakan dimuka bumi..maka banyakkan bersabar dan berlapang dada ketika kita menghadapi masalah dengan sahabat kita..kalu xmampu bersabar,bykkan istighfar,bnykkan bce ta'awuz,berwuduk...insyaAllah api kemarahan akan berkurang jika kita sentiasa mempraktikkannya..:)
Tajuk usrah yang ana belajar hari ini adalah...
........Kearah Penghayatan Islam yang syumul....

Bagaimanakah penghayatan Islam yg syumul? fikrah kita hendaklah kepada fikrah Islamiyah.Contohnya sekarang ramai sahaja student yang beragama, tetapi tidak berfikrah..apa yg dimaksudkan tidak berfikrah? mereka bnyak ilmu agama yang mereka pelajari,tetapi mereka tidak mempraktikkannya. Praktik macam mane? mereka belajar ilmu agama yang sangat mendalam tetapi mereka tidak mengikuti halaqah,usrah..padahal 2 salah 1 medium untuk kta berdakwah dijalan tarbiyah ini..ana teringat kata2 ustaz ana...

'' Tidak adalah tugas yang paling mulia disisi ALLAH diatas muka bumi ini melainkan mengajak manusia kembali kejalan ALLAH...''

''kerja dakwah adalah bukan kemuliaan tetapi amanah yang telah diberikan..dan kemuliaan itu nanti akan dipandang Allah diakhirat kelak..."

MasyaAllah..berderai air mata ana mendengar kalimat ustaz. Sungguh senang untuk mendapat saham diakhirat,lebih2 lagi menolong kerja2 dijalan Allah...  sebab tu kita kena join usrah,halaqah..agar kita menjadi org yang ditarbiyah dan juga mentarbiyah org lain..

Kedua..kita wajib faham Islam..kita xboleh faham Islam dengan kefahaman sendiri dan jangan ikut nafsu..kerana Islam sahaja yang benar dan Islam shaja yang boleh menolak kekeliruan dalam fikiran manusia. Kita hendaklah merujuk sumber yang sahih dan benar seperti Al-Quran dan merujuk juga para ulamak dan dan kitab-kitab yang sahih atau laman web yang sahih seperti jakim.

Seperti ana ckp awal tadi bahawa ramai yang faham Islam tetapi tidak mempraktikkannya dalam kehidupan. Bgaimanakah itu?? kita tidak patuh pada Islam bermakna iman kita sangat lemah lagi. Sebab itu Islamiyah masih perlu ditarbiyah..jgn amik Islam separuh-separuh..amiklah Islam secara total.

Dan akhir usrah ana,murobiah ana ada cakap biasakanlah diri dengan bacaan Quran, qiyamulail.zikir2,mathurat,dhuha dan istighfar.. kenapa kita perlu semua ini?? bila mana kita futur...kita sangat memerlukan ini..iman kita sentiasa naik turun, sebab 2 kita kena biasakan dgn yang biasa,ana pun kdg2 ada jgk yg xbuat..tp ana didik nafsu ni..ana xnk nafsu menguasai diri,benda2 yang ana ckp 2 bkn dlm usrah semata2 tetapi hendaklah kita praktikkannya diluar usrah sepatutnya..Orang yang faham tarbiyah tidak akan membiarkan futur menguasainya..mudahan kita akan trus tsabat dijalan ini....ingatlah kita buat kerja2 Islam hnya untuk mendapatkan redha ALLAH semata2 tanpa mengharap untung didunia...ana mohon maaf diatas kekurangan ana dalam penulisan yang sangat biasa,ana xbyk sgt ilmu..stakat ini shaja yg dapat dikongsikan,moga Allah redha...







Wednesday 25 April 2012

Bersyukurkah kita sebagai hamba yang hina ini???

Assalamualaikum..khaifa haluki? alhmdulilah,ALLAH msih lg memberi waktu utk myampaikan sdikit perkongsian skali lg..
Kali ni ana nk kongsi tentang seorang muslimah dan muslimin yang byk bersyukur dan kurang merungut atau yg lbh sdap didengar tidak merungut langsung. Mesti anda trmsuk diri saya terasa dengan ayat diatas. Memang tidak dpt dinafikan lg,kita tanpa sedar akan merungut apa shaja yg tidak berkenang dimata kita or ape shaja yg buat kita tidak puas hati. Semua benda nk perfect,haish..contoh,saya slalu tgk si A ni ske mrungut,marah2 bla  mkanan yg dibeli xsdap,mahal,sikitlah dan bla2,kdg2 kalu jalan bwh tgah panas ckit,slalu ckp "malsa lh nk jalan,panas giler2,nti hangus kulit ni,.." kdg2 ckp tu susah ni susah,xckuplh,xcntiklah baju ni,tdung ni hdohlah...bla,bla..kalaulah ALLAH trik nikmat makan,nikmat berjalan,nikmat kesenanagn yg kita ade mcm mane?? tentulah mse 2 kita akan mnangis smahu2nya minta Allah kembalikan nikmat yg Dia berikan dan mse 2 jgk lh kita bru nk bersyukur..bolehhkah kita mgucapkan alhmdulilah diatas nikmat yg ALLAH berikan ni,memg kita xsdar,tp kalu kita sdar pun kita still buat bnda sme,sbb ape?? sbb kita dh biase..sesungguhnya nikmat yg ALLAH bg mlimpah2 ruah,maka nikmat TuhanMu yg mana lgkah layak aku dustakan??? sungguh kita sebagai manusia yg berada diatas muka bumi ini hanyalah menumpang semata2,pttutkah kita merungut?? sedangkan semua ujian itu dtg dari ALLAH seolah2 kita marah pada ALLAH,saya sgt sedih bla melihat org yg ske mrungut2,bkn nk ucp alhmdulilah,hum..kalu nk dibandingkan dengan org yg xdpt mkn,xdpt minum,xde pakaian,tidur mrata2,minum air longkang..tidak bersyukur lg kah kita yg mempunyai semua bnda dengan ckup lengkap?? bersederhanalah dlm sesuatu xkiralah apa shj yg kita lakukan,kita hdup kt dunia bkn ingin mengjar kepuasan hati dan nafsu semata2,tetapi kita berada diatas muka bumi ini hnya utk mgumpul amal kbaikan utk dibawa ke akhirat kelak.Apa yg saya crte diatas adlah apa yg sya lihat,saya ske amik ibrah disekeliling saya.Saya tgk dan saya amik pgajaran,yg xbaik sya tglkn dan jdkan sempadan. Kdg2 saya juga ade merungut ckit2, tp bla sya ingt blik,cpt2 saya beristighfar,saya tkut sya jd hamba yg xbersyukur.T_T apa yg sya tulis ni saya jdkan peringtan untuk diri saya yg masih lalai lg ni..mohon maaf ats sgala kekrgan diri,maka jdlah hmba yg bersyukur..Bersyukurlah,bersyukurlah,bersyukurlah..alhamdulilah...

Janganlah berkira-kira dijalan dakwah ini....

Alhamdulillah,perkongsian pertama ana adalah ilmu yang telah disampaikan oleh murrobiah ana hari ini.
X byk sgt yang dpt dikongsikan tapi ana tertarik dengan kata2 murobbiah ana yg mana ''dijalan dakwah ini kita sebagai da'ie janganlah berkira2". Apa maksud murobbiah ana ckp?? mksudnya disetiap apa yang kita lakukan dijalan dakwah ni,jgn berkira2. Ok,ana amik satu contoh situasi,yg mana contoh ana sudah hbis kelas pada pkul 4 ptg,dan usrah bermula pada pkul 5.30 ptg. Jd bg seorg da'ie yg berkira2 dijalan dkwah ni dia akan ckp " hari ana xdpt join usrah lh akak,sbb ana blik kelas lmbt hri ni,jd xsmpat nkg usrah sbb ana nk mandi,nk bsuh bju,esok ana ade test..bla,bla,bla....." byklh lg alasan yg diberikan..situasi bginilah yg dikatakn seorg yg berkira2,jika dia benar2 ingin menyertai dkwah ini,dia akan berkorban semuanya walaupun pnat skalipun lbh2 lg mse sedangkan tempoh waktu yg ada utk ke usrah sgt lame dan aktiviti yg disebut td 2 sepatutnya boleh dibuat awal lg tnpa memberi 1001 alasan. Ikhlaslah dijalan dkwah ini,insyaAllah,sgt indah maharnya. Betapa besarnya pengorbanan seorg pndakwah e2 tdk kira masa,harta..semuanya dikorbankan dijalan ALLAH..murobiah ana ckp lg " tanpa pengorbanan, maka dakwah itu akan cacat"..ana teringat satu hadis yang ana bace dimajalah synergi iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi S.A.W bersabda: ''Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat," 

Maka apa yg kita suka belum tentu baik utk kita manakala benda yg kita tdk suka blum tentu tidak baik utk kita. Firman ALLAH dlm surah Al-Baqarah ayat 216 surah yg ke 2:

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Al-Baqarah [2:216] .

Sekadar itu prkongsian ana untuk hari ini,mana yg baik ambiklah,yg tdk baik tglkan.yg salah mohon btulkan,ana mohon maaf ats kekurangan ana.InsyaALLAH dikesempatan lg, ana akan menyambung lg perkongsian ana.Jazakillah^^

Taaruf diawal permulaan..^^

Ahlan wahsalan,akhirnya dengan masa yang ALLAH pinjamkan pada ana ni,dapat juga ana siapkan blog yang simple-simple saje.^^ Tujuan ana buat blog ni adalah sebab ana  nak berkongsi balik ilmu yang ana dapat xkira daripada usrah,baca buku,tazkirah,forum or apa2 ilmu yang memberi manfaat. Mudahan ALLAH redha dengan tujuan ana ini. Ana xnak ilmu yang ana dapat ana simpan sorang2 tanpa share dengan orang lain,oleh sebab itu ana jadikan blog salah satu medium  untuk ana berkongsi ilmu yang ana tahu tetapi tidak bermakna ana tidak berkongsi dengan orang disekeliling ana. Blog ini sekadar mengisi masa lapang dengan mgharap juga redha ALLAH. Ana bukan lah seorang yang hebat2 yang pandai mencoret baris2 indah tetapi cukuplah sekadar perkongsian agar ilmu yang ana miliki dapat juga memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Yang mana baik ambillah dan yang tidak baik hindarkan,sekadar itu dahulu untuk permulaan,mdahan diri ini sentiasa rajin mengupdate ilmu2 diblog yang tidak seberapa ini,smoga ALLAH merahmati hamba2NYA,sekian dahulu.wassalam.^^