Thursday 10 May 2012

bagaimana kita amalkan hidup cara Islam...

Assalamualaikum...
khaifa haluki? insyaAllah semoga anda dlm baik2 shaja..
alhmdulilah..hari ini dpt lagi ana berkongsi lagi ilmu yang ana dapat dari usrah ana mlm ni..
murobiah ana ada bertanya setiap akhowat apa pengajaran yg kami dapat spnjg hari pada minggu ini..
ana tertarik pada pengajaran kak Aini, bila bekerja dalam satu kumplan,kena byak bersabar krana kita akan menghadapi banyak ragam manusia..umm..ana terpikir juga,kalu bekerja dalam kumpulan,byk yg tidak puas hati itu inilah..lebih2 lg kerja2 assgment dlm group...hum..
tapi murobiah ana ckp..kita sebagai akhowat yang ditarbiyah,kenalah belajar bersabar.
Rasulullah ada berpesan...
jangan marah...jangan marah..jangan marah...3x Rasulullah menyebut,betapa pentingnya sabar dalam aspek kehidupan kita sebagai manusia yang diuji pelbagai ujian..
kesan dari marah akan merosakkan hubungan silaturahim kita dengan sahabat kita,malahan dengan marah juga akan berlaku kerosakan dimuka bumi..maka banyakkan bersabar dan berlapang dada ketika kita menghadapi masalah dengan sahabat kita..kalu xmampu bersabar,bykkan istighfar,bnykkan bce ta'awuz,berwuduk...insyaAllah api kemarahan akan berkurang jika kita sentiasa mempraktikkannya..:)
Tajuk usrah yang ana belajar hari ini adalah...
........Kearah Penghayatan Islam yang syumul....

Bagaimanakah penghayatan Islam yg syumul? fikrah kita hendaklah kepada fikrah Islamiyah.Contohnya sekarang ramai sahaja student yang beragama, tetapi tidak berfikrah..apa yg dimaksudkan tidak berfikrah? mereka bnyak ilmu agama yang mereka pelajari,tetapi mereka tidak mempraktikkannya. Praktik macam mane? mereka belajar ilmu agama yang sangat mendalam tetapi mereka tidak mengikuti halaqah,usrah..padahal 2 salah 1 medium untuk kta berdakwah dijalan tarbiyah ini..ana teringat kata2 ustaz ana...

'' Tidak adalah tugas yang paling mulia disisi ALLAH diatas muka bumi ini melainkan mengajak manusia kembali kejalan ALLAH...''

''kerja dakwah adalah bukan kemuliaan tetapi amanah yang telah diberikan..dan kemuliaan itu nanti akan dipandang Allah diakhirat kelak..."

MasyaAllah..berderai air mata ana mendengar kalimat ustaz. Sungguh senang untuk mendapat saham diakhirat,lebih2 lagi menolong kerja2 dijalan Allah...  sebab tu kita kena join usrah,halaqah..agar kita menjadi org yang ditarbiyah dan juga mentarbiyah org lain..

Kedua..kita wajib faham Islam..kita xboleh faham Islam dengan kefahaman sendiri dan jangan ikut nafsu..kerana Islam sahaja yang benar dan Islam shaja yang boleh menolak kekeliruan dalam fikiran manusia. Kita hendaklah merujuk sumber yang sahih dan benar seperti Al-Quran dan merujuk juga para ulamak dan dan kitab-kitab yang sahih atau laman web yang sahih seperti jakim.

Seperti ana ckp awal tadi bahawa ramai yang faham Islam tetapi tidak mempraktikkannya dalam kehidupan. Bgaimanakah itu?? kita tidak patuh pada Islam bermakna iman kita sangat lemah lagi. Sebab itu Islamiyah masih perlu ditarbiyah..jgn amik Islam separuh-separuh..amiklah Islam secara total.

Dan akhir usrah ana,murobiah ana ada cakap biasakanlah diri dengan bacaan Quran, qiyamulail.zikir2,mathurat,dhuha dan istighfar.. kenapa kita perlu semua ini?? bila mana kita futur...kita sangat memerlukan ini..iman kita sentiasa naik turun, sebab 2 kita kena biasakan dgn yang biasa,ana pun kdg2 ada jgk yg xbuat..tp ana didik nafsu ni..ana xnk nafsu menguasai diri,benda2 yang ana ckp 2 bkn dlm usrah semata2 tetapi hendaklah kita praktikkannya diluar usrah sepatutnya..Orang yang faham tarbiyah tidak akan membiarkan futur menguasainya..mudahan kita akan trus tsabat dijalan ini....ingatlah kita buat kerja2 Islam hnya untuk mendapatkan redha ALLAH semata2 tanpa mengharap untung didunia...ana mohon maaf diatas kekurangan ana dalam penulisan yang sangat biasa,ana xbyk sgt ilmu..stakat ini shaja yg dapat dikongsikan,moga Allah redha...