Friday 10 August 2012

iman vs usia..

alhamdulilah, hari ni da masuk 22 ramadhan, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, pilunya hati ini, bila mengenangkan amalan dibulan Ramdhan terlalu sedikit. T_T Setahun sekali dapat bertemu Ramadhan, ku pohon padaMu ya Allah agar Kau panjangkan umur hambaMu yang hina ini agar dapat dipertemukan Ramdhan thun hdapan. Tinggal beberapa hari ini, ana xnak lepaskan waktu2 yang ada ini dengan perkara yang melalaikan. Sungguh bulan Ramadhan ini bulan tarbiyah. Mudahn hambaMu ini terus istiqamah dibulan2 lain untuk beramal kpdMu ya Allah. Amin.

Sebenarnya apa yang ana hendak bincangkan diblog ana hari ini adalah iman vs umur. Pagi tadi ana telah menemani ibu ana untuk menerima wang zakat. Ibu ana ibu tunggal. Semasa ana berada disana, golongan yang ada disitu majoriti adalah warga emas. Ana terfikir, beginikah ana bila ana tua nanti? hum..tentu sekali.Ana juga terfikir pakcik ni hanya kelihatan tua dari luaran fizikal sahaja, tetapi insyaAllah iman pakcik ni tetap mantap seperti dahulu. MasyaAllah. Allah menilai manusia pada hati dan ketaqwaan hambaNya bukan dari luaran. Meskipun umur kita semakin bertambah, tetapi amalan kita dan keimanan dan ketaqwaan kta kepada Allah tetap mantap, sama, smakin meningkat. Inilah hamba sebenar2 hamba. Ok, kesimpulan yang dapat ana huraikan adalah walaupun usia kita semakin tua, tetapi iman kita tetap muda. Allah nilai hambaNya pada keimanan bukan luaran fizikal semata2. Ingat tu, jgn kita merasa megah dengan kecantikan , kehebatan yang kita miliki, sungguh Allah maha Berkuasa, kita cuma hamba yang hina. Jom top4 iman, jadi hamba yang bertaqwa! wallahualam.